shahbudindot.com
Nazri
Aziz akhirnya secara rasmi menolak cabaran Tun Mahathir Mohamad untuk
berentap di Langkawi dan mengatakan beliau hanya sedia bertempur dengan
bekas Perdana Menteri itu kawasannya, Padang Rengas saja.
Kata
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, sistem pengagihan kerusi yang
diamalkan oleh UMNO tidak membenarkannya berpindah dari Padang Rengas ke
Langkawi.
Sehubungan
itu, kata Nazri lagi, sesiapa yang ingin mengalahkannya dalam
pilihanraya ialah dengan bertanding di Padang Rengas yang sedang
diwakilinya.
Tun
Mahathir seharusnya lebih tahu mengenai sistem dalam UMNO, beliau
pernah menjadi Presiden UMNO selama bertahun-tahun. Saya tidak perlu
mengajarnya mengenai perkara itu, tambah Nazri lagi.
Akhirnya terbuktilah siapa anak jantan dan siapa tidak.
Apakah
tidak boleh Nazri menyahut terlebih dahulu cabaran Tun Mahathir itu
sambil mengatakan akan cuba memujuk Najib Razak untuk membenarkannya
bertanding di Langkawi?
Tidak
bolehkah beliau berkata sedia menyahut cabaran Tun Mahathir itu jika
UMNO memberi kebenaran kepadanya berpindah ke Langkawi?
Mengapa awal-awal lagi sudah menolak cabaran Tun Mahathir dengan berselindung di sebalik sistem yang menjadi amalan dalam UMNO?
Apakah sistem dalam UMNO sesuatu yang tidak boleh diubah langsung seperti Al-Quran?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.