ANTARAPOS.COM
HULU KELANG: Jenazah seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins
Shamsudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid
Al-Ridzuan di sini, sebentar tadi.
Terdahulu, jenazah dimandikan di kediamannya sebelum dibawa ke masjid
untuk disembahyangkan. Jenazah kemudian dibawa ke tapak perkuburan
kira-kira jam 10 pagi.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, dan anak-anak
menyaksikan upacara pengebumian bersama lebih 1,000 sanak-saudara,
kenalan dan teman artis.
Allahyarham yang berkecimpung lebih 60 tahun dalam bidang seni,
meninggal dunia dipercayai akibat sesak selepas menikmati minum petang
ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik di Taman Melawati di sini,
kira-kira jam 5.45 petang semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.