Oleh Shuhaniza Said
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan
arahan melarang pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara daripada
meninggalkan negara ini serta merta.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah sebagai
tindak balas terhadap arahan yang dikeluarkan oleh negara berkenaan
yang melarang pegawai di kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu.
"Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi inilah yang
harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan
Malaysia melakukan tindakan di luar dari ketatasusilaan dan kezaliman
diplomatik.
"Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama kerana mereka telah
memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan yang dilakukan
di klia2," katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.