Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Dua keluarga penghuni rumah pegawai Masjid Lapangan Terbang
Subang (LTAB) meminta campur tangan daripada pejabat Menteri Besar
Selangor untuk menghalang pihak syarikat Malaysian Airport Holdings
Berhad (MAHB) merobohkan rumah dan kedai mereka.
Menurut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Siva Rajan yang
mewakili mereka, tindakan MAHB mengeluarkan notis melalui Pejabat Tanah
dan Daerah Petaling untuk mengarahkan kedua keluarga ini mengosongkan
premis dan gerai adalah menyalahi undang-undang.
"Kenapa gunakan pejabat tanah untuk keluar notis? Kalau ikut MAHB kena
ke mahkamah, dapatkan perintah mahkamah untuk dibicarakan.
"Jadi kami meminta bantuan kerajaan negeri kerana merasakan kerajaan
negeri tak mendapat maklumat dengan betul mengenai isu ini," katanya
dalam sidang media di Lobi SUK pagi ini.
Sementara itu, menurut penghuni pertama Abd Razak Said, mereka sebelum
ini telah berkhidmat dengan masjid LTAB sejak 20 tahun yang lalu,
justeru wajar untuk mendapat pampasan dan ganti rugi yang setimpal.
"Malangnya mereka terus beri surat perobohan dan tawarkan perpindahan
sahaja, 18 bulan sewa (sebulan RM300) dan tiada pampasan," katanya
sebelum ini terdapat kes yang sama dan keluar tersebut mendapat pampasan
yang setimpal dengan kerugian mereka.
Untuk rekod notis pertama pengosongan rumah telah dikeluarkan pada MAHB pada 28 September 2016.
Kemudian MAHB mengadakan rundingan pertama pada 16 Januari untuk
keluarga berkenaan berbincang mengenai jumlah pampasan yang dituntut.
Tetapi malangnya pada 2 Februari ketika mahu membentangkan permintaan
mereka kepada MAHB, syarikat berkenaan mengeluarkan notis pengusiran
kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.