Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan
sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta
355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk
orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan
bukan Islam.
"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini
wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N
Balasubramaniam kepada Antarapos.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama
Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen
Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.
"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.
Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi
Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan
menyatakan Islam adalah agama persekutuan.
"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.
"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.
Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)
1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS
berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen
bersidang, semalam.
Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa
ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr
Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah),
Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.
Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu
hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak
mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan