Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 atau RUU 355 boleh melonjakkan sokongan rakyat kepada PAS
pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani
berkata kepimpinan parti pelbagai peringkat perlu menggunakan pentas
muktamarnya menunjukkkan komitmen parti berteraskan Islam itu.
"Saya nampak untuk melonjakkan PAS pada pilihan raya umum akan datang
isu RUU 355 adalah salah satu perkara yang penting untuk menunjukkan
kepada masyarakat Malaysia komitmen PAS yang sangat tinggi untuk
laksanakan RUU 355 di peringkat negeri.
"Walaupun menghadapi cabaran begitu banyak hampir dua tahun (menanti)
dengan perbahasan di Parlimen dan kemudian ditangguhkan sehingga
persidangan akan datang pada Julai nanti," katanya kepada Antarapos.
Tegas beliau lagi, PAS juga akan menggerakkan jentera bagi menyampaikan
maklumat kepada rakyat mengenai RUU 355 yang dibentangkan di Parlimen
minggu lepas.
"Tapi ini komitmen kita yang sentiasa membuat hebahan kepada rakyat," katanya.
RUU 355 dan isu tahaluf siyasi PAS bersama PKR adalah antara perkara
bakal dibincangkan pada Muktamar PAS yang akan berlangsung akhir bulan
ini.
Untuk rekod usul RUU 355 dibentangkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS pada hari terakhir Parlimen
bersidang, minggu lalu.
Selain itu Azman Shapawi menganggap usul tahaluf siyasi dengan PKR bukan isu yang perlu diberikan keutamaan dalam muktamar.
"Manakala isu nak putus dengan PKR saya rasa ia bukan isu yang utama dan bukan fokus utama kita.
"Tapi ia berdasarkan kepads usul-usul daripada perwakilan, kalau ia
menerima usul yang banyak mungkin boleh jadi perkara utama juga yang
akan dibincangkan dalam muktamar akan datang," katanya.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.