ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tiada motif politik di sebalik pelantikan dirinya sebagai
Menteri Tugas-Tugas Khas, tegas Datuk Seri Hishammuddin Hussien.
Naib Presiden Umno itu juga meminta orang ramai agar tidak mudah
termakan dengan dakyah pembangkang yang mendakwa pelantikan tersebut
ekoran pergeseran antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Jangan ada pihak cuba melaga-lagakan kita. Kita teruskan (tugas)
berbanding melayan pihak yang tidak pernah setuju dengan kita.
"Datuk Seri Zahid sudah berkata beliau menerima perkara ini. Pelantikan
ini memberi peluang untuk saya bersama-sama Zahid mengagihkan tugas dan
memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri," kata
beliau pada sidang media di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pelantikan dirinya sebagaimana yang diumumkan Najib, awal hari ini.
Menurut Hishammuddin, beliau akan berbincang dengan Najib berhubung tugas dan tanggungjawab jawatan baru itu.
Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa
pelantikan Hishammuddin sebagai petanda Najib akan melepaskan jawatannya
tidak lama lagi.
Manakala Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mendakwa pelantikan itu bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Zahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan