shahbudindotcom
Jawatan
Timbalan Perdana Menteri adalah suatu jawatan yang tidak termaktub
dalam Perlembagaan, sebaliknya perlantikan seseorang untuk memegangnya
adalah atas budi bicara Yang Dipertuan Agong setelah mendapat cadangan
daripada Perdana Menteri.
Kewujudan
jawatan tersebut hanyalah berdasarkan konvensyen iaitu amalan yang
telah diguna-pakai sekian lama sebelum ini untuk menjadi pembantu atau
bagi meringankan beban tugas Perdana Menteri.
Secara
praktikalnya juga , jawatan itu adalah sebagai persediaan yang
memudahkan peralihan kuasa jika sesuatu berlaku kepada Perdana Menteri.
Meskipun
demikian, oleh kerana kedudukan jawatan itu tidak termaktub dalam
Perlembagaan, ia boleh ditiadakan atau dilantik lebih daripada seorang
untuk mengisinya.
Ia
terpulang kepada Perdana Menteri yang sedang berkuasa sama ada mahu
melantik siapa, mengosongkannya begitu saja atau mengisinya lebih
daripada satu.
Jika
kita masih ingat, ketika Tun Abdullah Badawi mula-mula menjadi Perdana
Menteri dahulu, beliau membiarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu
kosong untuk sekian lama sehingga menimbulkan keresahan kepada Najib
Razak dan Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan turut melobi agar jawatan
itu diberikan kepada Najib.
Dalam
senario sekarang, Timbalan Perdana Menteri adalah Zahid Hamidi dan
selain itu, beliau juga diberikan portfolio sebagai Menteri Dalam
Negeri.
Bermakna,
Zahid Hamidi memegang satu jawatan atas ehsan Perdana Menteri atau
secara konvensyen dan satu lagi yang termaktub dalam Perlembagaan.
Berbanding
sepupu Najib, Hishammuddin Hussein, beliau adalah Menteri Pertahanan
dan baru-baru ini dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan
Perdana Menteri.
Kedua-dua jawatan yang disandang oleh Hishammuddin mempunyai kedudukan yang sah di sisi Perlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.