ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjelaskan sebab utama
beliau menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, semalam demi menjaga
kebajikan kakitangan dan pegawai Parlimen yang bersengkang mata sehari
sebelumnya.
Pandikar Amin berkata, tindakannya itu tidak mempunyai sebarang agenda
politik, sebaliknya beliau menggunakan kuasa dan kebebasannya sebagai
Yang Dipertua Dewan Rakyat, selepas semua RUU yang dibawa kerajaan
diputuskan mengikut Peraturan Mesyuarat 15(5).
Katanya, atas kuasanya itu juga beliau memutuskan persidangan Dewan
Rakyat ditamatkan lebih awal iaitu pukul 4 petang semalam, berbanding
kebiasaannya pukul 5.30 petang.
“Sebab itu kemahuan kerajaan yang ingin menyelesaikan semua rang
undang-undang, tetapi saya tidak mahu duduk lama sebab semua kakitangan
saya termasuk Setiausaha Dewan Rakyat tidur di Parlimen.
“Jadi itu kuasa saya, saya tidak mahu duduk lagi mendengar hujah yang
saya rasa tidak masuk akal bagi saya. Jika mereka mengatakan saya
‘bloody fool’, maka sepanjang sembilan tahun saya telah mendengar hujah
mereka yang juga selama ini ‘bloody fool’,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Ucaptama
dalam Seminar Ahli Parlimen Komanwel Asia Tenggara di bangunan Parlimen,
hari ini.
Hari ini, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub mengeluarkan kenyataan
yang mendakwa Pandikar Amin mengikut arahan menggunakan kuasanya
sebagai Speaker Dewan Rakyat boleh dianggap sebagai bloody fool.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.