ANTARAPOS.COM
ALOR SETAR: Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Naib
Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat cuba untuk memecah-belahkan hubungan
politik antara PAS dan PKR.
“Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk pastikan PAS dan PKR berpecah
supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali dan kumpulannya dari dunia politik.
“Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti
Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha
untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR,”
katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS
Kedah di sini, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh PAS
menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun bekas
timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa telah menafikan
dakwaan itu.
Sementara itu, Mohd Amar berkata kemenangan tanpa bertanding Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang Muktamar Pusat Ke-63
hujung bulan ini membuktikan sokongan padu anggota PAS terhadap
kepimpinan mereka.
“Ini sekaligus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa
anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan