Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli dan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa perlu bertanggungjawab dan menyelesaikan isu pendedahan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata sebaik
sahaja pendedahan ini dibuat, rakyat mahu tahu dan menjadi tugas mereka
menjawab segala soalan berbangkit.
"Ini satu pendedahan yang khusus menamakan Nasharudin. Saya fikir
adalah tugas orang yang dinamakan dan orang yang menamakan untuk
menyelesaikan isu ini.
"Tidak kira PAS, Umno atau PKR, ia bergantung kepada kesahihan fakta.
Apa-apa tindakan mesti berasas kepada fakta. Setakat ini ada laporan
seorang pemimpin PKR berkaitan bekas pimpinan PAS yang khusus. Beliau
bukan tuduh ada jawatankuasa mendapat cek daripada SRC International
Sdn Bhd kepada PAS Pusat atau PAS Malaysia.
"Ia khusus mengatakan orang ini terima duit itu daripada SRC
International. Yang tidak terlibat secara langsung tidak boleh dikenakan
apa-apa implikasi sehingga ia terbukti kesahihannya," katanya kepada
Antarapos.
Kamaruddin yang kini menyertai PKR yang kemudiannya dilantik sebagai
Pengarah Politik dan Dasar bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan
yang dikemukakan Rafizi pada semalam.
Sebaliknya menggesa pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab menyiasat
pendedahan Rafizi berhubung kaitan Nasharudin ke atas dana 1MDB itu.
Terdahulu Rafizi pada semalam menamakan Nasharudin, yang juga bekas
Timbalan Presiden PAS sebagai individu yang didakwanya menerima dana
1MDB.
Beliau membayangkan kemungkinan dana yang diperolehi Nasharudin itu
digunakan untuk melunakkan suara PAS berhubung kontroversi yang
melRafizi berkata maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai
paling kanan SPRM, yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB yang
terpalit dengan dakwaan penyelewengan kuasa dan wang.
Nashruddin bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat Rafizi ke atasnya, menerusi kenyataan medianya petang tadi.
Beliau membayangkan sedang dalam rangka untuk mengambil tindakan
undang-undang ke atas Naib Presiden PKR itu kerana memburukkan namanya
dan PAS.
Rafizi ketika membuat pendedahan itu tidak menamakan bekas pegawai SPRM
berkenaan namun mendakwa individu itu mempunyai maklumat sahih yang
menunjukkan aliran dana 1MDB ke akaun milik Perdana Menteri dan
seterusnya ke akaun pemimpin lain, termasuk Nasharudin.
Menurut Rafizi, dana itu disalur menerusi SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan