ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: PAS memuji dan menyokong tindakan Speaker Dewan Rakyat,
Tan Sri Pandikar Amin menangguhkan sesi perbahasan Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 ke
sidang akan datang.
Sambil menyifatkan ia adalah keputusan yang bijak dan berhikmah, Ketua
Penerangannya, Nasrudin Hassan, berkata keputusan itu juga adalah
tindakan terbaik jika mengambil kira gelagat dan aksi sebahagian Ahli
Parlimen memperlekehkan tugas Speaker.
Katanya, selayaknya Ahli Parlimen yang membantah pembentangan RUU 355
berterima kasih kepada Pandikar kerana menangguhkan sesi perbahasan
kerana itu yang dikehendaki mereka sejak awal lagi.
Katanya, dengan keputusan terbaik itu, PAS masih mempunyai banyak masa
untuk terus memberi kefahaman kepada Ahli Parlimen, pemimpin politik dan
pelbagai pihak supaya memahami kewajaran pindaan Akta 355.
"Mereka (Ahli Parlimen yang membantah) mempersoal kenapa lebai PAS
tidak bangun membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat menangguhkan
perbahasan '355'.
"Bukankah PAS yang membawa 355 ini ke Parlimen? Buat himpunan, solat
hajat dan sebagainya supaya berjaya di Parlimen. Apabila Speaker Dewan
Rakyat tangguh, kenapa PAS tidak bantah?
"Saya tidak bangun membantah kerana saya memang bersetuju dengan
keputusan itu, malah saya sifatkan keputusan itu adalah bijak dan
berhikmah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh, berkata penangguhan sesi
perbahasan Akta 355 membolehkan PAS terus bekerja gigih mengangkat isu
'355' dan memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenainya.
Katanya, keputusan Pandikar itu juga menangguhkan rancangan pihak
terbabit untuk menolak pindaan Akta 355 melalui undi belah bahagian.
"Logiknya, PAS adalah pihak yang paling terkesan apabila pindaan Akta
355 ini senantiasa tertangguh. Dua kali ditangguh sendiri oleh Datuk
Seri Abd Hadi iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 November 2016.
Kali ketiga, ia ditangguhkan oleh Speaker sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.