ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa
beliau tiada masalah untuk menyokong usaha membebaskan Datuk Seri Anwar
Ibrahim daripada penjara.
“Kalau rakyat nak Anwar bebas, siapa saya nak tahan rakyat?," katanya
ketika Program Hardtalk yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan
Selangor malam tadi.
Namun katanya, ia hanya dapat dilakukan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14).
"Tapi perkara ini perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan saya tidak memegang jawatan tersebut," jelasnya.
Menurut Mahathir lagi, beliau bukannya seorang pendendam malah
musuh-musuhnya sebelum ini seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku
Razaleigh Tengku Hamzah turut diberi kedudukan di dalam Kabinet pada
zaman pemerintahannya.
"Saya tak simpan dalam hati.
Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah Dr Mahathir sebelum
dipecat atas tuduhan salah laku seks pada 1998, mencetuskan krisis
politik paling buruk yang menyaksikan demonstrasi besar-besaran
reformasi di Kuala Lumpur.
Kedua-dua tokoh itu kekal bermusuhan walaupun ketika kemuncak
penentangan Dr Mahathir terhadap Umno di bawah Abdullah pada 2008.
September lalu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila hadir di mahkamah
untuk bersalaman dengan Anwar, pertemuan pertama mereka selepas 18 tahun
menjadi musuh politik, walaupun pernah sama-sama mengetuai kerajaan
pada 1990an.
Sejak Februari 2015, Anwar mula menjalani hukuman penjara 5 tahun di
Penjara Sungai Buloh, selepas disabit kesalahan meliwat bekas
pembantunya Saiful Bukhari Azlan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.