shahbudindotcom
Di
ketika 93.4 peratus ahli UMNO serta rakyat biasa percaya dan melihat
perlantikan Hishammudin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas adalah
isyarat tidak baik untuk masa depan politik Timbalan Perdana Menteri
kerana ia seolah-olah suatu promosi tambahan kepada sepupunya itu, Najib
Razak sebaliknya menyatakan perlantikan itu adalah atas saranan Zahid
Hamidi sendiri
Menurut
Najib, sebelum perlantikan itu diumumkan pada 12 Mac lalu, ia sudah
dibincangkan selama berbulan-bulan dengan Timbalan Perdana Menteri.
"Bila
saya umumkan Hishammuddin yang sudah jadi Menteri Pertahanan sebagai
Menteri Tugas-Tugas Khas, saya dah bincang dengan Zahid Hamidi selama
berbulan-bulan, malah beliau yang cadangkan nama Hishammuddin itu.
"Sebab itu saya nak beritahu, jangan ada yang cuba melaga-lagakan Hishammuddin dengan Zahid Hamidi," ujar Najib.
Ehem...ehem...Betulkah perlantikan Hishammuddin itu atas saranan Zahid Hamidi?
Sebaik
dilantik dua hari lalu, Hishammuddin mengatakan perlantikannya itu
adalah keputusan Najib untuk meringankan beban tugas Perdana Menteri,
tetapi beliau belum mengetahui lagi bidang tugas khusus untuknya.
Kata sepupu Najib itu, beliau akan berbincang kemudian mengenai perkara itu dengan Perdana Menteri.
Zahid
Hamidi pula, beberapa jam selepas perlantikan Hishammudin itu memberi
reaksi beliau menyokong tugas baru yang diberikan untuk membantu Perdana
Menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua
hala serta tugas tertentu yang akan membawa kelicinan dalam pentadbiran
kerajaan.
Memberi
reaksi lanjutnya lagi pada semalam, Zahid Hamidi mengajak Hishammuddin
membuat kerja seperti biasa tanpa menghiraukan pelbagai tanggapan yang
timbul berikutan perlantikan tambahan rakan Naib Presiden UMNOnya yang
hampir kalah dalam pemilihan 2013 lalu sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas,
di samping terus kekal menjadi Menteri Pertahanan.
“Saya juga pernah dipertikai tapi saya tak peduli tentang perkara itu dan jalankan tugas serta tanggungjawab seperti biasa.
"Selagi
tak buat salah dengan Allah, tak salah di sisi undang-undang dan etika
kerja, saya akan teruskan walau apa pun orang bercakap,” kata Zahid
lagi.
Daripada
reaksi Zahid itu, tidak terlihat langsung gambaran yang menunjukkan
beliau yang memberi sananan kepada Najib berhubung perlantikan
Hishammuddin itu.
Begitu juga dengan Hishammuddin, beliau secara spesifik meletakkan Najib sebagai berkuasa mutlak dalam melantiknya.
Tetapi,
kalau pun benar seperti yang dikata Najib bahawa Zahid Hamidi sendiri
yang memberi saranan kepada perlantikan Hishammuddin itu dan Perdana
Menteri tiada masalah dengan cadangan itu, kenapa ia perlu mengambil
masa berbulan-bulan untuk dibincangkan sebelum diumumkan?
Bukankah sepatutnya lama sebelum ini lagi Hishammuddin sudah dilantik ke jawatan tersebut?
Di
sudut yang lain, kalau untuk membantu serta meringankan tugas Najib di
Jabatan Perdana Menteri yang sudah sedia dibantu oleh seorang Timbalan
Perdana Menteri, sembilan menteri dan dua timbalan menteri, Zahid Hamidi
tentulah seorang yang cukup hebat yang melebihi keupayaan Perdana
Menteri sendiri sehingga dapat meyakinkan Najib untuk menambah seorang
lagi menteri untuk membantunya.
Bukankah
ia dengan sendirinya menunjukkan Najib seorang yang begitu lemah dalam
mentadbir negara sehingga perlu ditambah seorang lagi menteri di Jabatan
Perdana Menteri, selain mempunyai jumlah kabinet terbesar dan penasihat
bertaraf menteri yang juga paling ramai?
Dalam
hal itu, kenapa nama Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib dan sudah
sedia ada portfolio Menteri Pertahanan yang dicadangkannya?
Kenapa
tidak disarankan nama-nama pemimpin UMNO atau tokoh profesional lain
yang belum ada sebarang jawatan dalam kerajaan sebagai Menteri
Tugas-Tugas Khas?
Tidakkah
Zahid Hamidi, jika benar seperti yang disebut Najib sebagai
bertanggungjawab menyarankan nama Hishammuddin itu, beliau sebenarnya
telah memberi saranan yang buruk, lemah serta mendedahkan lagi Najib
kepada pelbagai tafsiran negatif di kala nama Perdana Menteri memang
sudah sedia terbeban dengan banyak tanggapan tidak baik selama ini?
Di
waktu yang sama, nama Hishammuddin tidak pula bertambah baik dengan
pemberian dua portfolio tersebut di mana beliau bukan saja terus
dianggap lembik, malah seperti tidak terlepas daripada naungan serta
bantuan sepupu sendiri untuk terus meningkat naik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.