KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terbabit dalam usaha menjatuhkan negara.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata rakyat mempunyai peluang untuk bersama kerajaan membangunkan negara bagi masa depan.
"Jangan jatuhkan negara. Kita kena berjuang bersama meneruskan
perjalanan ini. Ada banyak benda baik yang boleh kita hasilkan jika kita
bersama membangunkan negara ini " katanya ketika berucap melancarkan
Kumpulan Masa Depan dan logo rasmi TN50 di Galeri Antarabangsa Alya di
Bukit Kiara di sini, hari ini.
Susulan pelancaran Kumpulan Masa Depan dan logo rasmi TN50 itu, visi TN50 kini memasuki fasa kedua.
Kumpulan Masa Depan akan membantu memperhalusi dan menganalisis
aspirasi belia yang diterima di bawah ke peringkat seterusnya bagi
merealisasikan TN50.
Mengulas mengenai TN50, Perdana Menteri berkata pelan transformasi itu
perlu bermula sekarang dan tidak boleh tunggu sehingga 2050.
Katanya, beliau teruja kerana melihat TN50 dari satu idea kini sudah
masuk fasa kedua yang mana aspirasi dikumpulkan dan diperhalusi untuk
dijadikan visi negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.