SHAH ALAM: Hasil kajian INVOKE Malaysia berkenaan calon perdana menteri
dipertikai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dengan menimbulkan
beberapa persoalan berkaitan teknik yang digunakan.
Pengerusi Biro Dasar dan Strategiknya, Datuk Rais Hussin mendakwa wujud
keraguan dalam bilangan responden yang terlalu sedikit, sekaligus tidak
boleh dijadikan ukuran pandangan pengundi.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang
berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36%
responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang
berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36%
responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab,” kata Rais
sebagaimana memetik laporan Free Malaysia Today, hari ini.
Penyelaras INVOKE, Rafizi Ramli pada semalam mengumumkan hasil kajian
tersebut mendapati bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih
menjadi pilihan berbanding pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Kajian yang dilakukan terhadap 17,962 orang responden mendapati 31
peratus memilih Najib, 28.5 peratus memilih calon dari PH manakala 6.1
peratus memilih Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala, 34.4 peratus daripada responden berkenaan tidak menjawab.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR itu juga memaklumkan daripada lapan
calon pemimpin PH, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi
pilihan utama di kalangan penyokong pembangkang untuk menjadi perdana
menteri.
Kaji selidik menerusi telefon itu meletakkan Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang di tempat kedua manakala Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar di tangga
ketiga.
Hampir 6,200 atau 34.6 peratus daripada 18,000 responden yang menjawab
soalan berhubung pilihan mereka sebagai perdana menteri memilih pemimpin
pembangkang.
Daripada jumlah itu, 23.5 peratus memilih Anwar, 17.6 peratus memilih Hadi, manakala 16.5 peratus memilih Mahathir.
Rais dalam pada itu membangkitkan kaedah kajian menerusi telefon itu, merujuk kepada bagaiman 2.8 juta responden dipilih.
“Apakah asas memilih (mendail) 2.8 juta orang pengundi? Perlu difahami
bahawa saiz sampel yang besar tidak semestinya menghasilkan parameter
estimation yang tepat. Tanpa alasan yang dapat dipertahankan, bilangan
ini dilihat sekadar permainan angka dan tanggapan non-saintifik, iaitu
saiz sampel yang besar mencerminkan keputusan yang berkualiti tinggi,”
kata Rais.
Bukan itu sahaja Rais turut mendakwa tiada penjelasan lanjut berkenaan
demografi responden kajian, selain berpendapat hasil INVOKE tersebut
perlu mendapat perakuan pakar bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.