Sebahagian
anak-anak Mazwin termasuk anak bongsunya berusia 8 bulan yang tinggal
di rumah semasa dia keluar bekerja di kedai memproses ayam.
Mazuin berkata, dalam kesedihan dan kebingungan memikirkan rumah baharu, selepas dihalau tuan rumah, dia bersyukur ada pihak yang tidak dikenali datang menghulurkan bantuan dan membantu mencari rumah sewa lain dalam tempoh beberapa jam sehingga berjaya menjumpai sebuah rumah sewa di Taman Rebana Ayer Molek, Alor Gajah dengan kadar sewa RM250 sebulan.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak mahu menyusahkan orang lain...']
Katanya, dia juga meminta maaf dan tidak sangka kisahnya itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak sedangkan dia sendiri tidak tahu pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkenaan memuat naik kisahnya di laman sosial sehingga menjadi tular.
"Saya tak tahu dan tak minta kisah saya diviralkan, dan rumah sewa ini sebenarnya untuk sementara sahaja sebab ketika itu saya begitu terdesak dengan masalah rumah tangga dan kasihan anak-anak tak ada rumah jadi saya duduk juga rumah itu.
"Saya harap masyarakat tidak menghukum saya, tapi berilah saya sokongan untuk meneruskan kehidupan di rumah sewa baru agar anak-anak juga lebih terjaga dan selesa," katanya.
Mazuin berkata demikian ketika dilawati Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar di sini, hari ini.
Sementara itu Latipah berkata, dia turut menasihati Mazuin supaya lebih memberi penekanan dalam penjagaan anak-anak dan tidak membiarkan anak-anaknya keluar rumah tanpa pengawasan yang boleh membawa kepada tindakan di bawah Akta Kanak-kanak atas kecuaian dan pengabaian ke atas anak-anaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan