HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Jun 2017

CEO FGV serah jawapan surat tunjuk sebab hari ini

BERNAMA

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, yang digantung tugas, telah menyerah jawapan kepada surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, hari ini.

Bagaimanapun, surat berkenaan diserahkan bagi pihaknya oleh adiknya, Maulud Arshad, kepada setiausaha syarikat FGV, Koo Shuang Yen pada jam 11.30 pagi ini.

Jawapan itu berkaitan dengan surat tunjuk sebab mengenai hutang lama Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd, kata Zakaria dalam kenyataan.

Zakaria diarahkan bercuti dari semua tugasnya pada 6 Jun lalu sementara menunggu siasatanÂdalaman terhadapÂbeberapa urusanÂdengan Delima Oil Products, anak syarikat FGV.

Tarikh asalÂuntuk menyerahkanÂjawapan kepada surat tunjuk sebab ialah 20 Jun tetapi dilanjutkan hingga 23 Jun dan seterusnya sebelum tengah hari ini.

Tiada ulasan: