KUALA LUMPUR – Bagi mencari pelapis calon Barisan
Nasional (BN), Ahli Parlimen Mahasiswa yang layak boleh disenaraikan
sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata,
ia sebagai persediaan awal kepada mereka yang dipilih bagi calon BN
untuk terjun ke bidang politik melihat kepada kematangan peserta program
berkenaan.
“Jika kita lihat program ini berlangsung selama tiga tahun,
mungkin ada mereka yang bagus dan kita akan cadang nama sebab kita
tengok mana yang berpotensi kita akan beri nama untuk jadi calon
pelapis,” katanya dalam sidang media Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017
di sini hari ini.
Untuk program Parlimen Mahasiswa 2017, seramai 212
mahasiswa dari 20 universiti awam dan enam Institut Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) terpilih bagi menyertai Parlimen Mahasiswa kali ini.
Jelas Idris, proses itu akan dikelolakan oleh Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) selaku badan yang menyokong BN.
Sehingga kini terdapat lebih 400 Parlimen Mahasiswa didaftar sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015.
“Ia idea yang tercetus selepas perbualan dengan Presiden
Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz. Mubarak akan dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan program ini dan menilai mana-mana yang sesuai,” katanya
yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Pelaksanaan itu dilihat boleh dilakukan selepas peserta
Parlimen Mahasiswa yang berjaya digilap bakat mereka bagi berjinak-jinak
dalam arena politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.