SHAH ALAM: Setiausaha Biro Keharmonian Agama MCA, Chris Daniel Wong
mendakwa hasrat bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menahan Tun Dr
Mahathir Mohamad mungkin tidak akan kesampaian.
"Setahun sebelum beliau (Karpal) meninggal dunia, Karpal berjanji jika
Pakatan berjaya ke Putrajaya, orang pertama yang akan ditahan ialah Dr
Mahathir.
“Dengan pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Pakatan (Harapan), janji ini tidak akan tertunai,” katanya.
“Sekiranya Pakatan menang dalam PRU14, adakah pembangkang akan
mengheret pengerusinya ke penjara?” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) pada tengah malam Khamis lalu mengumumkan
struktur kepimpinan mereka, dengan mengumumkan Dr Mahathir sebagai
Pengerusi gabungan empat parti pembangkang itu.
Bernama pada April 2013 melaporkan, Karpal berjanji bahawa jika
Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka orang pertama yang akan
ditangkap ialah Dr Mahathir .
Pakatan Rakyat juga akan menggesa jawapan Dr Mahathir atas kesilapannya
selama 22 tahun mentadbir negara, berkaitan penyalahgunaan kuasa dan
kekayaan anaknya, janji Karpal.
Untuk rekod, Karpal terkorban dalam satu kemalangan maut pada 17 April
2014, apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama
empat lagi individu melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa
memberi isyarat di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke
utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.