Perbalahan dalaman HARAPAN telah mula
terbentuk terutamanya di kalangan penyokong tegar Datuk Seri Anwar
Ibrahim melalui kumpulan Otai Reformis. Mereka melihat pelantikan Tun
Dr Mahathir sebagai Pengerusi seperti tidak kena dengan perjuangan yang
telah mereka bawa sejak 18 tahun lalu.
Ketua Otai Reformis, Saari Sungib, yang
juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, akan mengadakan
mesyuarat tergempar pada hari Ahad ini dalam usaha untuk mengatasi
keretakan dalaman sebelum ia semakin buruk.
Difahamkan bahawa setiausaha kumpulan, Razak Ismail mengancam untuk meletak jawatan dan menyertai Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Razak yang marah dengan keluarga Anwar
kerana membenarkan Tun Dr. Mahathir mengambil alih, dikatakan bercadang
untuk bertanding menentang HARAPAN di bawah tiket PSM dalam pilihan raya
umum.
Menurut kolumnis The Star, Joceline Tan,
Saari Sungip mungkin menawarkan diri untuk meletak jawatan jika
ahli-ahlinya merasakan bahawa kumpulan ini tidak lagi memperjuangkan
matlamat asas kumpulan tersebut.
Saari, yang juga anggota jawatankuasa
pusat Amanah, berkata terdapat ahli-ahli masih boleh menerima kerjasama
Tun Mahathir dan HARAPAN.
Namun, ada beberapa penyokong tegar
melihat kerjasama ini sebagai satu pengkhianatan terhadap perjuangan
mereka. Apa yang mereka mahu hanyalah permohonan maaf Tun Dr Mahathir
kepada Anwar, keluarganya dan kumpulan Reformis Otai bagi menujukkan
keikhlasan beliau.
“Saya dapat merasai ketegangan dalam
kumpulan kami. Peranan saya adalah untuk merapatkan jurang dan
meyakinkan mereka bahawa matlamat kita adalah memenangi pilihanraya.”
Pada awal tahun ini, kumpulan Otai
Reformis telah memperlekehkan dan mengejek Tun Mahathir ketika
menyampaikan ucapan di Shah Alam.
Saari, yang telah bersama Anwar sejak tahun 1970-an, mengakui bahawa dia juga berasa bertentangan dengan perkembangan terkini.
“Kisahnya tidak begitu indah jika Anwar
terpaksa menjadi PM hanya dengan bekerjasama dengan Mahathir. Saya
menyokong kepimpinan tetapi saya harap kami tidak akan ditipu lagi,
“katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.