Dalam islam, aurat wanita sangat penting
dan dijaga lebih-lebih lagi dengan lelaki yang bukan muhrim. Aurat
wanita juga bukan sahaja pemakaian yang sempurna, malah bersalam, tepuk
bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia
merupakan perbuatan yang haram.
Seperti yang disiarkan dalam video
dimana seorang pelakon yang baru meningkat naik iaitu Sherzod Yusof
telah membuat satu prank. Prank tersebut dipanggil ‘gurau sentuh tangan’
dekat gadis melayu.
‘Gurau sentuh tangan’ – Gadis Melayu
Dalam video yang berdurasi selama 1
minit 47 saat dalam instagramnya itu telah menyasarkan gadis melayu
untuk dijadikan prank. Prank itu berlaku disebuah mall dimana dia
menaiki eskalator dan secara sengaja menyentuh tangan gadis melayu yang
bersebelahan dengannya.
Terdapat reaksi terkejut daripada mangsa
prank yang tidak menyangka disentuh oleh lelaki tidak dikenali secara
tidak sengaja di tempat awam.
Ditegur oleh abang sendiri
“Astaghfurillahalazim. Jangan buat lagi! Bukan mahram,” kata Daler.
Video tersebut juga ditonton oleh
abangnya sendiri iaitu Daler Yusuf. Secara tidak langsung, dia telah
menegur tindakan adiknya secara terbuka di ruangan komen instagram.
Wow apabila awak bertindak menyentuh perempuan melayu okay aaa??? Untuk saya sekarang okay ????
Malah, Sherzod membalas komen tersebut
dengan tidak berpuas hati dengan teguran itu dan mempertikaikan lakonan
babak bersentuhan abangnya.
“Tapi bila saya berlakon dengan artis wanita, jika ada babak bersentuhan, saya akan minta keizinan terlebih dhulu. Bukan macam awak yang memegang tangan tanpa kebenaran mereka. “Ini adalah untuk pengetahuan awak, ia adalah gangguan seksual. Mereka akan hak untuk saman!” tegas Daler.
Komen tersebut telah membuat Daler
menjadi marah dan menegaskan bahawa tindakan adiknya boleh beranggapan
sebagai gangguan seksual dan boleh disaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.