RAKYAT Terengganu dalam kalangan golongan muda
dan orang lama sudahpun nenyatakan kesediaan untuk membuat perubahan
pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ustaz Husain Awang
menegaskan pihakya telah bersedia berhadapan PRU14 yang akan diadakan
pada bila-bila masa.
Oleh itu, katanya bagi meningkatkan kesiapsiagaan para ahli dan
penyokong, PAS akan mengadakan satu lagi Himpunan Harapan Semua PAS
Ganti Umno (HARAP-PGU) kali ketujuh pada sesi ini.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh muslimin
dan muslimat dan juga kepada seluruh pengundi terutama di kalangan
anak-anak muda yang tentu masing-masing bersedia untuk membuat perubahan
pada pilihan raya yang akan datang ini," ujarnya dipetik Buletin
Online.
Menruutnya lagi, sebagai persediaan ke arah itu, PAS negeri telah
mengadakan program Harap-PGU dan yang terbaru akan diadakan pada 27, 28
dan 29 Julai ini di Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.
Sehubungan itu, beliau menjemput semua rakyat Terengganu hadir
memeriahkan Harap-PGU 3.7 bagi mendapat maklumat terkini ehwal semasa
dan perkembangan politik negara.
Ustaz Husain juga menjemput seluruh rakyat tanpa mengira agama dan
latar belakang politik untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Badan Perhubungan PAS Terengganu yang akan diadakan di perkarangan
pejabat PAS negeri di Taman Seri Intan Kuala Terengganu pada Khamis, 20
Julai, dari jam 11 pagi hingga 3 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan