SHAH ALAM: Pemuda Umno yakin 'Ini Kalilah' rakyat yang menyokong parti pembangkang pada dua pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, akan kembali menyokong Umno Barisan (BN).
Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata kecelaruan
dalam Pakatan Harapan (PH) akhirnya membuka mata rakyat dan atas premis
itu beliau yakin, sokongan pada Umno BN akan meningkat pada PRU kali
ini.
"Saya nak bagitahu pemimpin PH, 'Ini kalilah' mereka (rakyat) akan
kembali menyokong Umno BN dan saya yakin pada PRU14 nanti Umno akan
terus jadi kerajaan Pusat, mengekal kuasa.
"Dan mungkin kita akan dapat banyak lagi kerusi kerana kecelaruan dalam
PH," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarpos baru-baru ini.
Armand berkata rakyat sudah memberikan masa kepada PH selama dua
penggal menafikan majoriti dua per tiga di Parlimen serta memerintah
negeri terkaya di negara, Selangor.
Dalam tempoh itu, wajah sebenar pemimpin PH semakin terserlah apabila
mereka hanya sibuk berpolitik, melaksanakan keputusan populis dan paling
ketara kebajikan rakyat mula diabaikan, ujar Armand.
Armand juga mengulas struktur terbaru PH, yang menyaksikan penyokong
pembangkang mula bangkit dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
PH sebelum ini mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai
Pengerusi PH, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat
menjadi Presiden PH. Sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua
Umum PH.
"Dalam struktur politik dunia, tidak ada lagi parti politik yang ada
tiga kepala. Ini satu-satu yang kita lihat percubaan pertama dalam
dunia. Macam ulang lidah bercanag. Ini menunjukkan PH pun berjanji
langit dan bumi ibarat lidah bercabang.
"Tun M, Anwar, Azizah sebenarnya mereka bertiga hanya sekadar boneka.
Tangan ajaib di belakang merekalah yang harus kita persoalkan siapa?.
"Saya yakin ketua mereka, termasuk Tun M, dibelakang mereka adalah Lim Kit Siang," ujar Armand lagi.
Menurut Armand lagi, Umno BN kini sudah bersedia untuk berjuang di
medan pilihan raya, yang dijangka hanya akan berlangsung beberapa bulan
daripada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.