SHAH ALAM: Selepas seorang ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) mendedahkan bahawa kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0
baru-baru ini didalangi 'orang dalam', ketua sayap parti, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman menyangkal tuduhan berkenaan.
Beliau mengulas tuduhan Pengarah Logistik Dan Gerak Gempur Keselamatan
bahagian Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang mendakwa
kekecohan itu sengaja dicetuskan untuk menghalang beliau daripada
bertanyakan soalan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jangan cuba menipu. Kenapa dia sasaran utama?
"Flare (suar) dibaling ke arah Tun. Kerusi dan kasut pun dibaling jauh ke depan.
"Kalau betul kita nak halang beliau dari tanyakan soalan, kenapa kita
benarkan soalan-soalan yang lain yang jauh lebih sensitif.
"Tun jawab lapan soalan sebelum disabotaj," kata Syed Saddiq dipetik Malaysiakini.
Semalam Antarapos melaporkan, Wan Mohammad Ashraf mendakwa beliau
percaya kekecohan di forum anjuran Armada PPBM didalangi ahli parti itu
sendiri dan bukannya pihak luar.
Ujarnya tindakan itu adalah cubaan untuk menghentikan dirinya daripada bertanyakan soalan kepada Dr Mahathir.
Ketika ditanya mengapa penganjur bertindak menghalangnya daripada
bertanyakan soalan, Ashraf berkata dia menjadi sasaran PPBM berikutan
sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.