HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 Ogos 2017

Pengganas rancang serang Perak pada Hari Merdeka - Polis Perak

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
IPOH: Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan hari ini memaklumkan rancangan Militan Negara Islam (IS) untuk melancarkan serangan di negeri itu ketika sambutan Hari Kemerdekaan akan datang.
 
Antara sasaran kumpulan berkenaan adalah tempat beribadat dan bank, demikian yang dilaporkan akhbar berbahasa Cina, China Press.
 
Hasnan berkata pihak polis sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
 
"Kami telah meningkatkan rondaan polis di negeri ini dan mengaturkan pegawai dan anggota dengan sewajarnya," katanya yang dipetik oleh akhbar berbahasa Cina itu.
 
Bahagian Keganasan Kaunter Cawangan Khas Bukit Aman baru-baru ini melakukan serbuan besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur dan menahan lebih 400 rakyat asing.
 

Tiada ulasan: