Oleh Zeanaaima Md Yusof
DAMANSARA: Sudah tiba masanya untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
politik, Otai Reformis menjadi badan semak dan imbang kepada Pakatan
Harapan (PH).
Bekas Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata perlu ada pihak ketiga
untuk menilai serta menyemak PH, terutama di Selangor memandangkan
pemimpin gagasan itu kini tidak lagi berjiwa rakyat.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk Otai jadi badan yang pantau operasi
seharian kerajaan negeri. Kita kena tegur. Tak logik kerajaan negeri
belanjakan kos RM42 juta untuk kubah itu.
"Masa saya kerja di SUK dulu, hampir setiap minggu saya pergi
sembahyang di masjid negeri. Tak pernah setitik pun hujan jatuh atas
kerpet walau hujan halilintar sekalipun.
"Dalam keadaan ekonomi tak menentu, ramai yang hilang pekerjaan hampir
50 ribu orang kalau saya tak silap. Mana mungkin kita tukar kubah?,"
kata Razak ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.
Razak sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
Bukan hanya Razak, banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tindakan
kerajaan negeri menaik taraf kubah Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dengan
kos RM42 juta - suatu nilai yang dikatakan tidak munasabah.
Kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali juga dipersoal
bersabit kos mengecat semula pintu gerbang Darul Ehsan - juga dikatakan
tidak munasabah.
"Mana mungkin cat (semula kosnya) sampai RM10 juta. Tapi sebagai Otai
kita tak boleh nak persoal. Sebab menurut mereka, kerajaan negeri sudah
dapat keluluskan DUN.
"Mana mungkin kerja-kerja cat yang kita sudah tanya kontraktor boleh
diselesaikann dengan kos RM500 ribu, kerajaan negeri letak harga RM10
juta? Moralnya tak betul," tegas Razak.
Atas alasan itulah Razak berpandangan sudah tiba ada satu badan
memainkan peranan menegur tindakan atau keputusan PH agar gagasan itu
tidak menjadi seperti seteru mereka, Umno Barisan Nasional (BN).
"Pembaziran semakin banyak berlaku selepas PH berkuasa selama dua penggal.
"Kita semakin nampak, PH sudah mula tidak endah tentang masalah rakyat," ujarnya kesal.
Otai Reformis pada mulanya hanya bermatlamat menggerakkan reformasi dan
menggesa pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada
Penjara Sungai Buloh - selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat.
Selepas Anwar disabitkan kesalahan sama pada 2015, Otai Reformis mula terlibat secara langsung dalam politik dan menyokong PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan