SERDANG – Semua pesara di negara ini digesa agar
terus berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan segala
kemudahan dan faktor kewangan setelah tidak lagi menjawat jawatan dalam
perkhidmatan awam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi berkata, pesara mahupun bakal pesara tidak seharusnya
mengkhianati kerajaan yang banyak merubah kehidupan mereka sepanjang
mereka berkhidmat dalam sektor awam.
“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi
pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang
selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita
selama ini.
“Insyaallah, kita tak kan pernah menggigit tangan yang
pernah memberi makan pada kita,” katanya dalam ucapan perasmian
Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.
Lebih 7,500 pesara dan bakal pesara hadir antaranya pesara
kerajaan, veteran ATM serta bakal pesara yang berkhidmat dalam sektor
awam.
Dalam pada itu, Zahid turut berkata, golongan pesara
diminta untuk terus memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara
malah teguh berada di belakang kerajaan dalam apa juga keadaan.
“Ketidakpuasan hati sering menyelubungi rasa kebencian kemarahan yang tentu tidak ada noktah.
“Maka realiti ini harus kita dakapi untuk menentukan bahawa
kita harus bersyukur pada Allah dengan cara berterima kasih kepada yang
memberi kehidupan kepada kita selama ini iaitu kerajaan Malaysia,”
katanya lagi. -MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.