LAUNGAN hidup Umno bergema di sebuah sekolah rendah di Putrajaya.
Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) tanpa segan silu secara terbuka
mempelawa guru-guru supaya menyertai Umno.
"Seorang
teman memaklumkan, sekarang ini 70 peratus guru-guru di sekolahnya
bukan penyokong Umno," ujar AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.
Katanya, dengan Ku Nan mengajak para guru menyertai Umno secara
terbuka, peratusan yang tidak menyokong Umno akan naik lagi kepada 80
peratus.
"Ku Nan ulang lagi insya Allah naik kepada 90 peratus. Ulang lagi
insya Allah tinggal guru besar saja di sekolah tersebut yang sokong
Umno," katanya.
Menurutnya lagi, seorang tenaga pendidik di Putrajaya memaklumkan
kepada beliau, trend menggunakan sekolah untuk program Umno sudah lama
menjadi kebiasaan Ku Nan.
Tambahnya, mengikut pendidik itu lagi, kalau pertandingan hari
merdeka memang sekolah-sekolah di Putrajaya akan meletakkan bendera dan
gambar pemimpin Umno, pejuang kemerdekaan.
"Kalau letak gambar pejuang kemerdekaan, letaklah gambar Dr Burhanuddin al-Helmi sekali," ujar Dr Azman.
Beliau berkata, PASTI yang merupakan institusi pendidikan PAS, tidak
diajar pun anak-anak melaungkan slogan hidup PAS dan menyanyikan lagu
PAS padahal PASTI milik parti sepenuhnya.
Katanya, Umno memang terdesak apabila hendak membuat program kerana
orang tidak berapa mahu hadir kecuali ada 4T iaitu topi, token,
transport dan t-shirt.
Tamabhnya lagi, tanpa 4T maka alamatnya kerusi akan lebih banyak daripada hadirin.
"Maka jalan terbaik adalah masuk ke sekolah yang dah sedia ada guru
dan murid. Kemudian hantar surat kepada ibu bapa melalui murid-murid
supaya hadir.
"Paksa mereka menyanyi lagu Umno dan melaungkan slogan hidup Umno!
Sungguh ini perlakuan ahli politik murahan," kata Dr Azman lagi. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.