Sebuah NGO mesra BN, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari
ini mempersoalkan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi
Pakatan Harapan untuk hadir di Pulau Pinang bersama mangsa banjir di
negeri itu.
"Pemimpin kerajaan semua sudah turun ke Pulau Pinang, dan hari ini Datuk Seri Najib berlepas ke sana dan meninjau keadaan banjir dan mangsa banjir, Mahathir ke mana?
"Pemimpin kerajaan semua sudah turun ke Pulau Pinang, dan hari ini Datuk Seri Najib berlepas ke sana dan meninjau keadaan banjir dan mangsa banjir, Mahathir ke mana?
"Sebagai
pemimpin pakatan gabungan pembangkang, Mahathir patut yang paling awal
datang ke Pulau Pinang dan hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ini,”
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, jika sekalipun perdana menteri selama 22 tahun menerajui
negara itu tidak dapat turun padang, selaku pemimpin pakatan
pembangkang, beliau boleh menyumbangkan sedikit hasil kekayaan ahli
keluarganya untuk meringankan penderitaan yang dialami oleh mangsa
banjir.
"Oleh kerana beliau enggan turun padang, elok sumbangkan 10 peratus daripada kekayaan keluarga Mahathir kepada DAP Pulau Pinang untuk bantu mangsa banjir," kata Ramesh.
"Oleh kerana beliau enggan turun padang, elok sumbangkan 10 peratus daripada kekayaan keluarga Mahathir kepada DAP Pulau Pinang untuk bantu mangsa banjir," kata Ramesh.
Menurutnya,
tidak ada masalah bagi Mahathir yang juga adalah pengerusi BERSATU
berbuat demikian memandangkan anak-anaknya kini sudah kaya dan memiliki
harta berbilion ringgit dalam pelbagai cabang perniagaan.
"Sebagai pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir sepatutnya hulurkan
bantuan paling banyak kerana beliau pengerusi pakatan dan beliau perlu
menjadi yang pertama memberikan sumbangan.
"Sumber harta keluarga dan anak-anak beliau ada banyak dan ia boleh digunakan sedikit untuk membantu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang," kata Ramesh.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengketepikan perbezaan politiknya dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan melawat negeri yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarahnya.
Ketibaan perdana menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Semalam,
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang
menghabiskan masa melawat mangsa banjir menzahirkan perasaan kagumnya
terhadap kerjasama semua pihak di Pulau Pinang dan Kedah dalam
menguruskan bencana di dua negeri berkenaan.
Katanya, tanpa kerjasama itu tidak mungkin pihak terbabit dapat
menangani bencana itu dengan baik terutama dalam memastikan kebajikan
mangsa banjir terjamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.