Halaman

Selasa, 7 November 2017

Rais cadang kerajaan gubal Akta Perdana Menteri

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Perdana Menteri atau meminda Akta Pencen Tunku Abdul Rahman 1971 yang pernah digunakan sebelum ini dengan meletakkan semua perdana menteri negara di bawah akta berkenaan.
 
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan itu berkata pada pandangannya, akta berkenaan mampu memelihara institusi perdana menteri negara selain mengelak isu politik, menentukan hak untuk bersuara dan perkara lain yang kurang berfaedah kepada negara.
 
“Akta berkenaan dapat memberi penghormatan dan penilaian yang setimpal kepada seseorang yang pernah memegang jawatan sebagai perdana menteri. Akta berkenaan juga mungkin melibatkan pandangan mengenai seseorang yang pernah memimpin untuk menjalani proses menjadi manusia biasa.
 
“Jangan kata mengata atau burukkan mana-mana pihak (selepas tidak memegang jawatan). Mungkin akta berkenaan boleh libatkan timbalan perdana menteri dan ketua setiausaha negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
 
Menurutnya, Akta Pencen Tunku Abdul Rahman tidak pernah dihapuskan sehingga ke hari ini kerana ia hanya eksklusif untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 1990.
 
Rais berkata beliau mengutarakan pandangan berhubung akta tersebut sebagai seseorang yang berpengalaman berkhidmat di bawah lima perdana menteri iaitu daripada Tun Abdul Razak Hussein sehinggalah Datuk Seri Najib Razak.
 
Beliau berkata pandangan itu akan dimajukan kepada Najib selepas ini.
 
“Terserahlah kepada perdana menteri untuk menentukannya,” katanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.