Halaman

Isnin, 6 November 2017

RM2.5 bilion untuk tebat banjir di Pulau Pinang, kurang separuh dibelanja



Menteri sumber asli berkata hanya RM1.04 bilion daripada RM2.57 bilion dalam RMK-9 hingga RMK-11 digunakan untuk projek RTB.
 
 
wan-junaidi-banjir

KUALA LUMPUR: Jumlah sebenar dibelanjakan untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Pulau Pinang adalah RM1.04 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) hingga RMK-11, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, walaupun kos projek RM2.57 bilion diluluskan namun tidak bermakna keseluruhan peruntukan perlu dibelanjakan bagi kerja pembangunan.

“Kos RM2.57 bilion ini merujuk kepada siling kos awal yang dijangka perlu dibayar bagi pelaksanaan projek tersebut.

“Selepas mengambil kira skop kerja, reka bentuk, keperluan tapak dan sebagainya semasa pelaksanaan projek, jumlah sebenar yang dibelanjakan hanyalah sebanyak RM1.04 bilion dalam RMK-9 hingga RMK-11 sahaja.

“Kos itu tidak termasuk perbelanjaan dalam RMK-8 dan sebelumnya bagi projek sambungan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan), yang memintanya menjelaskan perbelanjaan daripada peruntukan RM2.6 bilion untuk projek RTB.

Wan Junaidi yang juga ahli Parlimen Santubong berkata Putrajaya setakat ini sudah meluluskan kos projek sebanyak RM2.57 bilion.

Katanya, peruntukan itu melibatkan beberapa projek sejak RMK-5 sehingga RMK-11 yang merangkumi projek baharu dan juga projek sambungan.

“Sebagai contoh, projek RTB Sungai Junjung sudah diluluskan dengan kos sebanyak RM135 juta di bawah RMK-8 dan projek ini disambung pelaksanaannya dan dibawa hingga RMK-10,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.