Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Seorang Exco hari ini memaklumkan bahawa pegawai
penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang diserang seorang
wanita dengan "stering lock" dua bulan lalu, diserang lagi oleh dua
orang awam pada malam 7 November lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung
Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, pegawai yang
dikenali sebagai Norsafuan Nordin itu diserang ketika menjalankan tugas
bersama rakannya di kawasan sama sekitar Bandar Puteri Puchong.
Katanya, pegawai tersebut telah disembur satu cecair yang tidak
dikenalpasti ke arah mukanya ketika diarah untuk mengalihkan kenderaan.
"Saya ingin mengutuk tindakan serangan ke atas seorang pegawai
penguatkuasa MPSJ pada 7/11/17 pada jam lebih kurang 12:40 tengah hari
di kawasan Bandar Puteri Puchong.
"Insiden ini berlaku semasa pegawai tersebut sedang menjalankan tugas
untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah kereta Honda City
yang berwarna putih, dipunyai oleh satu pasangan yang meletakkan kereta
du tempat yang salah," katanya dalam sidang mdia di bangunan Dewan
Negeri Selangor.
Dalam pada itu, ADUN Kinrara, Ng Sze Han memberitahu kejadian tersebut
merupakan kejadian kedua yang berlaku di kawasan yang sama, malah
terhadap pegawai yang sama.
Namun, Sze Han menolak kejadian terbaru itu bermotifkan dendam, susulan daripada insiden yang berlaku dua bulan lalu.
Insiden ini merupakan kejadian kedua berlaku ditempat yang sama, di kawasan sama dan pegawai yang sama," ujarnya.
Pada 8 September lalu, video Norsafuan yang bertugas sebagai pegawai
penguatkuasa MPSJ tular selepas beliau dihayun kunci stering oleh
seorang wanita selepas tidak berpuas hati tayar kenderaannya dikunci
pihak majlis perbandaran di kawasan Bandar Puteri.
Susulan kejadian itu, pegawai tersebut menerima pujian orang ramai
kerana tindakan profesionalisme dan kesabaran tinggi sehingga mendapat
anugerah sijil penghargaan daripada ADUN dan MPSJ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan