KUALA LUMPUR: Hampir 500,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) telah mendaftar sebagai pengundi sejak 2004 hingga kini.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN),
Azlan Abd Majid berkata semasa program itu, setiap pelatih diterap
dengan modul berciri patriotisma, perpaduan dan sukarelawan.
"Antara modul adalah Kenegaraan Malaysiaku di mana ia mempunyai elemen
mengajar dan menyedarkan pelatih terhadap kepentingan demokrasi
berparlimen dan tanggungjawab individu berusia 21 tahun keatas untuk
mengundi ketika PRU.
"Kami telah menggunakan kaedah demo bagaimana sesi pilihan raya
dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Majilis Pergerakan Masuk
Pelatih PLKN 2.0 Kumpulan 2 Siri 15/2018 hari ini.
Azlan berkata sebanyak 13,766 Notis Panggilan Pelatih (NPP) telah
dikeluarkan kepada bakal pelatih di seluruh negara dan daripada jumlah
tersebut dianggarkan hampir 8,000 remaja akan mendaftar untuk sesi kali
ini.
"Hari ini sahaja hampir 300 pelatih telah melaporkan diri di JLKN untuk
menjalani program PLKN selama dua bulan bermula hari ini sehingga 13
Mei ini.
"Kemasukan pelatih melibatkan 80 pusat berkumpul seluruh Negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.