JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai 17 orang kerana dipercayai
terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Stulang Laut di
sini Ahad lalu yang menjadi viral di media sosial.
Mereka yang ditahan ialah empat lelaki tempatan, lima lelaki Vietnam,
tujuh wanita Vietnam dan seorang wanita Indonesia. hasil siasatan di
tempat kejadian rakaman kamera litar tertutup (CCTV)
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd, berkata, semua
suspek termasuk pelaku utama yang berusia antara lingkungan 20an hingga
50an itu ditahan di sekitar bandar raya ini.
“Polis percaya kejadian itu berlaku apabila kumpulan terlibat yang
dalam keadaan mabuk berang setelah makanan dipesan lambat sampai,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di
sini hari ini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) pada sidang media di IPK Johor.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Semalam, video berdurasi 4 minit 26 saat yang memaparkan pergaduhan
sekumpulan lelaki dan wanita di sebuah kedai makanan laut di Stulang
Laut viral di media sosial.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan berlaku pertengkaran dan tolak-menolak antara sekumpulan individu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.