Halaman

Selasa, 20 Mac 2018

Fahmi gesa kementerian siasat bendera BN di SJKT

bendera-parti-sjkt

KEADILAN DAILY


Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil menggesa Kementerian Pendidikan agar menyiasat kehadiran bendera-bendera BN di pagar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Bangsar.

Fahmi membuat gesaan itu dalam kapsyen yang mengiringi gambar insiden itu yang dimuatnaik ke laman Facebook beliau.

Fahmi berkata tindakan itu memberikan gambaran yang kawasan sekolah kini digunakan untuk kepentingan politik kepartian.

“Semalam Ahad, 18 Mac, dua petang di SJKT Jalan Bangsar. Parti politik boleh ke guna sekolah macam ni?

“Mohon pihak berkuasa khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia siasat kejadian ini dan berikan penjelasan,” katanya.

Oktober tahun lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan menghadiri satu pertandingan peringkat sekolah bertemakan “Umno dan Kemerdekaan”.

Kehadiran beliau ke SK Putrajaya Presint 14(1) iitu mencetuskan kontroversi kerana murid-muridnya menyanyikan lagu Umno dan mengibarkan bendera parti.

Tindakan itu mengundang kecaman daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.