AMAT hebat dan tepat pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung
Perdana Menteri Najib yang membangkitkan betapa gaji kakitangan kerajaan
Kelantan bergantung atas bantuan kerajaan persekutuan.
Husam bukan
lagi sebahagian dari kerajan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang
memerintah Kelantan iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak
dapat membiarkan apabila Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib
sedemikan.
Kerajaan pusat yang tanggungjawabnya di bawah konsep
persekutuan/fedralisma, memayungi negeri dan kerajaan negeri termasuk
Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang tesrdapaat di
negeri-negeri.
Tanggungjawab dan beban kerajaan pusat itu bukanlah
atas permintaan Kelantan, tetapi kerajaan pusat sendiri ketika menanda
tangani perjanjiian memamsukkan Kelantan dalam gagasan persekutsuan
bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi negeseri-nengeri dan
kerajaan yang bersekutu dengannya.
Dan jika kerajaan pusat berhalangan
untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari
Malaysia atau pada pembentukan kerajaan pesrseskutuan dulu, ia boleh
tolak Kelantan meneyretainya.
Apabila seorang anak jantan bersedaia
kawin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung
nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya
tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika kerajaan pusat hendak menjadi
bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada
di Kelantan.
Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalam facebooknya
atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri
jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi atas
kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan krajaan Kelantan wajar
nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan hebat
pukul batang hidung Perdana Menteri.
Tempelak Najib itu menghina
kedaulatan Kedilanan dan fakyatnya, yang Husam diprecayai sebagai
rakyat tersenggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa
tersinggung, Datuk Mustafa mohamad yang hendak sangat jadi Menteri
Besas Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit
Najib itu.
Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai rakyat Kelantan, dia
patut jawab sepeerti yang Husam buat jika dia bukan seorang yang tidak
pemalu.
Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS patut suka dengan apa
yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu keluarkan dirinya dari
PAS dalam politik di negeri itu.
Dia adalah antara orang berfikiran
bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan unuk tidak
bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.
Dan agak saya reaksi
Husam sedemikian sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU
nanti. Dan yang bimbangkan PAS hendak bersama BN/UMNO itu satu sangkaan.
Adapun gaji kaki tangan kerajaan Kelantan itu dipercayai
boleh kerajaan Kelantan tangani jika kekrajaan pusat tidak curi royalty
petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika pusat tidak amalkan
pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari.
Bahkan Najib telah
gunakan sebahagian dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya
untuk tampung sebahagian dari keperluan kerajaan pusat.
Jika pusa t
tidak mahu ambil lagi tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia
seperti ia pernah memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya,
biar kelantan sendiri terokai.
Dan yang bongkar pusat curi minyak
Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.