Halaman

Isnin, 5 Mac 2018

Jika ada bukti ‘wang halal’ kenapa tidak tuntut wang di Australia, soal Hanipa



Jika ada bukti ‘wang halal’ kenapa tidak tuntut wang di Australia, soal Hanipa



Keengganan Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menuntut wang sejumlah RM971,800 yang dibekukan pihak berkuasa Australia disifatkan sebagai ‘pelik’ oleh  Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, sepatutnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menuntut kembali wangnya jika benar ia dari sumber yang halal hasil jualan sebuah rumahnya di Shah Alam.

“Diandaikanlah benar dakwaan polis tersebut dana RM 971,800 kononnya dari ‘bukti’ wang penjualan rumahnya di Shah Alam dan diandaikanlah wang dalam akaun di Australia itu memang wang ‘halal’ dari ‘bukti halal’ itu, isunya kenapa pengarah CID itu tak mahu tuntut ‘wang halal’ yang begitu banyak itu di Australia dengan engage lawyer di sana dan kemukakan bukti itu di sana? Itulah kaedahnya tuan IGP,” ujarnya dalam tulisannya di facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.