Halaman

Selasa, 20 Mac 2018

Najib sombong dengan usia muda, kata Dr Mahathir

THE MALAYSIAN INSIGHT
Najib sombong dengan usia muda, kata Dr Mahathir
Saya percaya bahawa Najib merasa amat takut sekali dengan orang tua ini, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 
DR Mahathir Mohamad mengkritik Perdana Menteri Najib Razak yang mempersendakan umurnya, dan memberitahu bekas anak didik beliau itu supaya jangan bermegah dengan usia mudanya.

Najib telah berulang kali menyindir dengan berkata tiada negara yang akan memilih pemimpin seusia bekas perdana menteri itu sebagai pemimpin.

Selain usia Dr Mahathir, pemimpin Barisan Nasional (BN) juga mempersoalkan matlamat Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan GST yang menjejaskan pendapatan dalam belanjawan negara.

"93 tahun boleh lagi buat macam-macam, bukan saja naik kuda, bawak kereta... tapi untuk mengalahkan Najib, masih boleh.

"Saya percaya bahawa Najib merasa amat takut sekali dengan orang tua ni. Sebab itu macam-macam dibuat, nak sekat saya dari bertanding (pilihan raya) pun, sampai parti saya pun tak nak diluluskan ataupun nak diharamkan," kata Pengerusi Bersatu itu melalui satu video pendek yang disiarkan di akaun Facebook beliau.

Januari lalu, Dr Mahathir telah dinamakan sebagai calon perdana menteri PH sekiranya pakatan pembangkang itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini menyebabkan Najib menyelar PH dengan berkata tiada negara di dalam dunia ini mahu seorang pemimpin berusia 93 tahun, malah akan menggagalkan matlamat Malaysia untuk mencapai status negara maju.

Namun, bagi Dr Mahathir, serangan Najib itu hanyalah menunjukkan yang Pengerusi BN itu takut.

"Eh, janganlah takut sangat... biarlah saya tua, tetapi kita lihatlah apa yang akan berlaku kepada awak yang begitu sekali sombong dengan kesihatan kononnya, tapi bukan semuanya ranting bawah yang jatuh, yang tinggi pun akan jatuh jugak. Jadi jangan berasa terlalu sombong dengan umur muda kamu.

"Lihatlah, kalau tak kerana tipu, awak akan kalah dalam pilihan raya ini, kalau berani jangan tipu," tambah Dr Mahathir.

PH yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir masih menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (RoS) meskipun telah mengemukakan permohonan pada Julai lalu.

Dr Mahathir menuduh RoS sengaja melewatkan kelulusan itu kerana ia akan mengahalang parti komponen PH menggunakan satu logo dalam pilihan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.