Halaman

Isnin, 19 Mac 2018

Permohanan semakan hukuman Datin cederakan amah didengar 21 Mac

 
Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad berkata permohonan semakan itu difailkan oleh pihaknya pagi tadi.


Gambar Facebook.


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Rabu ini untuk mendengar permohonan semakan difailkan Pejabat Peguam Negara terhadap hukuman bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan jaminan RM20,000, dikenakan ke atas seorang suri rumah bergelar Datin kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pembantu rumah warga Indonesia 2 tahun lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad berkata permohonan semakan itu difailkan oleh pihaknya pagi tadi.

“Selain memfailkan rayuan pada hari sama keputusan itu dibuat (oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya), pihak kami juga telah failkan permohonan semakan pagi tadi kerana lazimnya rayuan akan lewat didengar.

“Ini menunjukkan kami serius menjaga kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 15 Mac lepas, Mahkamah Sesyen mengenakan bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan jaminan RM20,000 terhadap Rozita Mohamad Ali, 44, selepas wanita itu menukar pengakuan kepada bersalah setelah pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadapnya dibacakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.