KOTA BHARU: Kira-kira 4,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di negeri ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan
keselamatan itu akan ditugaskan menjaga 521 tempat mengundi yang
digazetkan serta mengawal ketenteraman awam.
“Jumlah itu membabitkan pasukan Light Strike Force (LSF), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“Jika pasukan ini tidak mencukupi, ada pasukan sokongan yang dibekalkan
oleh Bukit Aman. Mereka akan ditugaskan untuk menjaga ketenteraman dan
keamanan awam sekiranya berlaku sebarang rusuhan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Latihan Amalan
Simulasi Ex-Undi PRU-14 Siri 2 Fasa 2 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kelantan di sini, malam tadi.
Turut diadakan simulasi menangani aktiviti rusuhan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Dalam pada itu, Hasanuddin berkata pihaknya turut mengenal pasti
beberapa kawasan panas yang mungkin akan menyebabkan kekecohan pada
PRU-14 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.