KUALA LUMPUR: Sebahagian bangunan Institut Perubatan Forensik Negara
(IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar kira-kira 12.15 tengah hari
tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur
memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.30
tengah hari dan empat jentera ke lokasi kejadian bagi mengawal
kebakaran.
Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman,
kebakaran di stor penyimpanan peralatan patologi HKL dipercayai berpunca
daripada litar pintas.
Operasi HKL berjalan seperti biasa kecuali stor penyimpanan Patologi ditutup untuk siasatan kebakaran, tambahnya.
Menurut Khiruddin, kebakaran tersebut memusnahkan stor simpanan
jabatan berkenaan dan menjejaskan hampir 40 peratus daripada bangunan
itu.
Sementara itu Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden kebakaran itu.
Sejumlah lima buah jentera bomba dengan kekuatan 31 anggota dari lima
buah balai sekitar Kuala Lumpur terlibat dalam operasi memadamkan
kebaran yang memusnahkan hampir 40 peratus bangunan Jabatan Patologi
IPFN itu.
Api berjaya dimadamkan pada pukul 1.30 petang.
Dalam satu kenyataan, Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf berkata
pemindahan atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan
berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur.
Menurutnya perkhidmatan di HKL juga tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.
“Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan
maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.