PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 14
hari dan didenda RM5,000 ke atas bekas peserta Akademi Fantasia (AF)
musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah.
Selepas beliau mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan
mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, dua tahun lalu.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad
Azri, 31, yang juga suami kepada bekas juara program Mentor musim
kelima, Salma Andi-Asis, selepas tertuduh menukar pengakuan bersalah
semalam, pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung.
Mahkamah memerintahkan Mohammad Azri menjalani itu menjalani hukuman
penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan lagi, jika gagal
membayar denda.
Selepas hukuman diberikan, Azri dan semua ahli keluarganya, termasuk
ibunya dan Salma menangis teresak-esak sambil memeluk lelaki itu di
dalam kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan
terhadap kanak-kanak yang kini berumur 11 tahun itu dengan mencelup
kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di
Seksyen 9, Putra Heights, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau
kedua-duanya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya VV Suloshani manakala tertuduh diwakili peguam Fahmi Abd Moin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.