PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut
dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartmen di Jalan
Pantai, Batu 4, di sini, Khamis lalu.
Sumber berkata, kejadian berlaku pada kejadian jam 2 petang itu ketika
kanak-kanak berkenaan tinggal bersama bapanya berumur 30-an, manakala
ibunya pula keluar bekerja.
Katanya, bapa mangsa yang juga seorang anggota tentera turun ke kedai
runcit di tingkat bawah untuk membeli barang dan meninggalkan anaknya
bersendirian di rumah.
"Sebelum itu, bapanya mengunci pintu rumah dan turun ke kedai runcit.
Kanak-kanak terbabit dipercayai bermain di dapur sebelum ke beranda
rumah berkenaan.
"Mangsa dipercayai memanjat tiang beranda menyebabkannya terjatuh. Bapa
mangsa yang berada di kedai runcit terkejut apabila dimaklumkan jiran
anaknya terjatuh," katanya.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD), di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin
Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.