KUCHING: Keputusan penyandang Parlimen Tanjung Manis, Datuk Norah Abdul
Rahman yang mahu mengundur diri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
dihormati atas faktor kesihatan.
Menteri Muda Perhubungan Korporat Sarawak, Abdullah Saidol berkata,
pengunduran tersebut dihormati yang mana selama dua penggal berkhidmat
sebagai wakil rakyat sudah banyak berjasa dengan memberi sumbangan
kepada rakyat dan kawasan bagi penyediaan prasarana serta infrastruktur.
“Saya berharap apa pun masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau (Norah) semoga tidak serius dan cepat beransur pulih.
“Saya hanya mengetahui tentang perjumpaan Datuk Norah dengan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
selepas dimaklum oleh pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Tambahnya yang merangkap Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, beliau
menyerah tindakan serta keputusan sepenuhnya pengganti calon Parlimen
Tanjung Manis di tangan pucuk pimpinan parti.
“Cuma harapan saya ialah siapa pun yang menjadi calon nanti mestilah
memahami bahawa sebahagian besar kawasan Parlimen Tanjung Manis adalah
kawasan pedalaman.
“Wakil rakyatnya kelak perlu bersungguh-sungguh memajukan kawasan yang
diwakili, rajin menjenguk bila-bila masa dan berani menyuarakan
permasalahan di kawasan,” jelasnya.
Beliau memberitahu, kawasan itu juga mempunyai potensi besar menjadi
kawasan yang menyumbang kepada ekonomi negeri tetapi dalam masa sama
masih memerlukan pembangunan infrastruktur asas dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.