KUALA LUMPUR: Jangan salahkan pihak lain sebaliknya PPBM harus akur
kesilapan bermula daripada partinya sendiri, kata bekas Naib Presiden
PPBM, Datuk Hamidah Osman.
Beliau berkata PPBM walaupun diterajui pemimpin berpengalaman jelas
tidak mampu menguruskan perkara-perkara asas, hingga menyebabkan
partinya terbubar, selepas hanya setahun ditubuhkan.
“Jangan cuba untuk menuding jari kepada pihak lain. Semua pihak perlu akur dengan keputusan ini.
“Saya tidak lihat keputusan ini berpunca daripada salah guna kuasa di
pihak ROS, sebaliknya ia jelas disebabkan kelemahan tadbir urus para
pemimpin parti,” katanya dipetik Utusan Oline.
Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulas pembubaran sementara
parti tersebut seperti yang diumumkan Pendaftaran Pertubuhan(RoS) hari
ini.
RoS dalam kenyataan hari ini mengumumkan pembubaran PPBM berdasarkan
Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal
menyerahkan lima dokumen berkaitan pendaftarannya kepada jabatan
tersebut.
Mengulas lanjut, Hamidah turut mempersoalkan kewajaran pengasas parti
tersebut meletakkan klausa yang mereka sendiri tidak mampu penuhi dalam
perlembagaan parti.
Katanya, kegagalan parti menubuhkan cawangan parti menonjolkan
kepincangan kepemimpinan parti dalam memahami perlembagaan sendiri.
“Kalau sudah tahu mereka tidak mampu nak tubuhkan cawangan, mengapa dimasukkan klausa tersebut dalam perlembagaan?” soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.