PUTRAJAYA: Kes penyalahgunaan dadah membabitkan Ketua Umno bahagian
Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dilihat ada unsur sabotaj, kata
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Kita tahu ada unsur-unsur sabotaj. Dua tiga minggu lepas kena pada
Datuk Jo (Johari Abdul Ghani). Ini musim 'the silly times in politics'.
"Dua hari lepas kena Datuk Rizalman. Tiga empat hari lagi tak tahu
siapa lagi kena," kata Tengku Adnan kepada pemberita ketika ditemui di
Putrajaya hari ini.
Rizalman semalam mendakwa beliau disabotaj dan menafikan dirinya
menggunakan dadah meskipun ujian air kencing yang dijalankan oleh polis
menunjukkan ia positif.
Beliau turut mempersoalkan mengapa serbuan itu melibatkan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seraya menyifatkan ia sangat
mencurigakan.
Rizalman juga mendakwa kejadian itu adalah satu perangkap untuk
menjejaskan peluangnya menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun
Razak.
Ditanya sama ada tindakan sabotaj itu mungkin datang dari BN, Tengku Adnan menjawab: "Kita ada problem luar dalam".
Mengimbas semula kejadian serbuan itu, Rizalman berkata dia tiba di
kelab malam itu pukul 11.30 malam selepas menerima jemputan oleh
rakannya untuk berkaraoke di sebuah kelab malam.
"Kemudian, seawal jam 2 pagi, tiba-tiba bilik itu telah diserbu oleh SPRM dan pegawai polis.
"Mereka terus menuju ke bilik tersebut. Bukan operasi yang pergi setiap bilik. Terus pergi ke bilik 202.
"(Mereka) terus minta IC, tanya minum apa dan terus bawa kami ke balai.
Proses tersebut berlaku dalam 15 minit," katanya dalam klip video yang
dimuat naik bekas setiausaha bahagian Zaharin Mohd Yasin.
Ketika tiba di balai polis, jelas Rizalman, situasi lebih pelik terjadi
apabila kesemua 12 tahanan diperiksa urin dengan jagaan pegawai SPRM.
"Sampai di sana, terus dibuat pemeriksaan air kencing dengan disaksikan
sendiri oleh pegawai SPRM, yang memang tak pernah dilakukan pun, dan
(perkara ini) diperakui oleh polis.
"Pemeriksaan air kencing pun saya susah nak kencing. Saya kencing dua orang tunggu kiri dan kanan," katanya.
Jelas Rizalman lagi, keputusan pemeriksaan air kencingnya yang terakhir diproses.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.