Presiden
MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bercakap kepada media selepas Majlis
Memperkenalkan Calon Barisan Nasional Selangor di Bangunan UMNO
Selangor, Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL
SHAH ALAM – Kesepakatan bukan sahaja antara MCA dengan
Gerakan bahkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka
menjadi pemangkin kepada parti itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) pada 9 Mei ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sikap saling
tolong-menolong antara parti komponen BN hingga ke bilik gerakan semakin
menyerlah dalam pilihan raya kali ini dan ia memberi keyakinan untuk
memenangkan calon yang telah dipilih.
“Saya menyokong penuh usaha kerjasama antara MCA dengan Gerakan di mana saya sendiri turun ke bilik Gerakan untuk bantu.
“Kesepakatan ini sangat penting bukan sahaja bersatu padu tapi dengan
komponen BN. Apabila kita bersatu padu kita ada peluang yang lebih baik
dalam memenangkan calon-calon.
“Kita sudah bersedia kali ini untuk bantu memenangkan kerusi dan
paling penting adalah undi-undi kaum Cina kita nak hantar balik kepada
BN,” katanya ketika ditemui di bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini. Presiden
MCA, Liow Tiong Lai (dua kiri) beramah mesra dengan calon MCA yang akan
bertanding di parlimen dan dun Negeri Selangor pada Pengumuman Calon BN
Negeri Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. foto SYAFIQ
AMBAK
Liow selaku Pengerusi MCA Selangor berkata, pihaknya kini giat
menambah keahlian parti itu khususnya menambahkan jumlah pengundi
sebagai usaha untuk memenangkan calon-calonnya pada PRU14.
“Kita letak calon-calon yang boleh menang, yang digemari dan disukai oleh penduduk atau orang ramai
“Paling penting kita mencari lebih ramai ahli MCA balik ke pangkuan
MCA. Kalau dulu kita tak cari ahli, sekarang kita cari ahli MCA.
“Malah ahli MCA sudah ramai, 30 peratus meningkat dari tahun lepas
khususnya dari segi jumlah pengundi, sebab itu kita kerap berdamping
dengan pengundi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan