Pimpinan Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan memilih lambang PKR untuk memberikan gambaran seolah-olah gabungan itu mewakili Melayu, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
“Mereka akan membuat pilihan itu selepas menyedari calon perdana menteri mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan partinya, PPBM, tidak dapat mencetuskan Tsunami kaum terbabit.
“Penggunaan lambang PKR adalah satu strategi untuk memperdayakan orang Melayu supaya mempercayai bahawa PH menjadi lebih Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.
Salleh mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa berdasarkan kajian INVOKE Malaysia, PH perlu mencari jalan lain untuk meyakinkan kaum pribumi untuk mengundi mereka.
“Sebab itulah gabungan itu mungkin menggunakan lambang PKR selepas DAP berkata ia tidak menggunakan lambang sendiri manakala logo PAN mungkin menyebabkan pengundi Cina menjauhkan diri kerana imej Islam,” katanya lagi.
Terdahulu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengumumkan logo gabungan pembangkang pada esok di Johor.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada arahan pembubaran sementara PPBM oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini akan mengubah keputusan pimpinan gabungan itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.