KUALA LUMPUR: Pelan rasionalisasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
berjaya dan telus sepenuhnya, kata Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutifnya Arul Kanda.
"Sejak tiga tahun lepas, pembangkang telah mempolitikkan isu perniagaan
ini untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Malang
bagi mereka, rancangan rasionalisasi dalam jagaan saya, berjaya, "
katanya.
Dalam temu bual dengan bersama Street Signs Asia CNBC Asia, Arul Kanda
berkata syarikat itu meneruskan penglibatan media kerana ia benar-benar
telus dan sentiasa dan secara terang-terangan menjelaskan kepada
masyarakat mengenai isu-isu pelaburan kerana ia mempunyai bon yang
didagangkan secara umum berjumlah US$7.75 bilion (US$1=RM3.89) di
pasaran.
"1MDB memulakan pelan rasionalisasi pada 2016 untuk menjana keuntungan
ke atas aset syarikat dari semasa ke semasa dan memenuhi obligasi
hutangnya. Sehingga kini, ia belum mengingkari kewajipan pembayaran
balik hutangnya. Kami juga menjual aset dan memindahkan pemilikan aset
kepada MoF (Kementerian Kewangan), supaya ia dapat dikembangkan secara
bebas daripada 1MDB
"Sebagai contoh, TRX (Tun Razak Exchange) berjaya menarik HSBC sebagai
penyewa utama dan menandatangani perjanjian bagi Prudential Insurance,
manakala 1MDB menjalin usaha sama dengan Land Lease untuk bersama-sama
membangunkan 17 ekar (6.88 ha) tanah,” kata Arul Kanda.
Beliau berkata komuniti perniagaan dan pelaburan antarabangsa sudah
melihat melepasi isu-isu lama dan berpuas hati terhadap ketelusan dan
keterbukaan syarikat dan kini komited untuk melabur dalam projek-projek
yang berasal dari 1MDB.
"Syarikat itu tidak mempunyai masalah kewangan dan memenuhi semua
tanggungjawab hutang kami secara penuh dan tepat pada waktunya, dan kami
menjangkakan dapat melakukannya sehingga sampai tempoh matang hutang
akhir yang harus dibayar," katanya.
Arul Kanda menegaskan bahawa 1MDB mempunyai aset hampir AS$11 bilion
dan hutang sebanyak US$ 7.75 bilion, sambil menambah aliran tunai
daripada pelupusan dan pemindahan aset akan digunakan untuk melangsaikan
hutangnya, dan pada masa ini syarikat itu yakin terhadap keupayaannya
untuk memenuhi semua kewajipan tersebut.
Mengenai tindakan pembangkang yang menggesa siasatan berterusan
dilakukan ke atas 1MDB, Arul Kanda berkata Bank Negara Malaysia telah
menyelesaikan siasatannya dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, yang
terdiri daripada 14 orang ahli, termasuk lima anggota pembangkang, telah
mengemukakan laporannya pada April 2016, berdasarkan Laporan Ketua
Audit Negara.
"Tiada dakwaan jenayah atau sivil dibuat. 1MDB menyatakan bahawa ia
bukan pihak kepada sebarang siasatan undang-undang yang sedang
dijalankan dan bukan subjek kepada sebarang siasatan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.